Masyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh ke 24 semalam (Ahad) meluluskan usul menuntut PAS Pusat supaya menggerakkan perhimpunan BERSIH 2 bagi menuntut pilihan raya yang adil.
Usul daripada jawatankuasa yang dibawa oleh Amiruslan Manaf itu, mahukan pertandingan demokrasi yang betul-betul telus dan adil bagi membolehkan rakyat dapat menilai dan memilih pemimpin mereka tanpa dipengaruhi penipuan dan ugutan.
“Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Temerloh menggesa PAS Pusat menggerakkan perhimpunan sejuta rakyat BERSIH 2 bagi menuntut proses demokrasi yang adil sebagai mana tuntutan yang terdahulu iaitu akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik.
“SPR juga mesti melaksanakan penggunaan dakwat kekal (celup jari) untuk menghalang pengundian berganda. Selain itu memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara,” tambah Amiruslan.
Tambah Amiruslan lagi, PAS mahukan satu sistem baru di mana semua warga negara ini layak mengundi apabila berusia 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.
“Kami juga mahukan tuntutan baru iaitu persempadanan kawasan pilihan raya hendaklah mengikut perlembagaan negara iaitu berdasarkan persempadanan geografi dan sosio ekonomi, bukannya berdasarkan kehendak parti politik.
“Yang keduanya melanjutkan waktu tempoh berkempen sekarang daripada sekitar 8 hari kepada 21 hari sebagaimana yang diamalkan di negara-negara komonwel yang lain,” ujarnya.
Amiruslan juga berhujah, PAS yang memiliki ahli paling ramai dalam komponen Pakatan mestilah dilihat lebih menonjol dan terkehadapan dalam usaha menuntut demokrasi. PAS tidak seharusnya dipandang berada di tempat ketiga bagi tujuan menuntut keadilan itu.
Beliau mengingatkan BERSIH 1 telah berjaya membuatkan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan.
Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh.
Sementara itu PAS Temerloh memeilih kepimpinan baru semalam iaitu Haji Jusoh Darus sebagai Yang Di Pertua, Hassanuddin Salim timbalannya dan naib pula ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Muhamad.
Kesemua mereka menang selepas bertanding satu lawan satu.
Monday, March 28, 2011
PAS Temerloh usul perhimpuan BERSIH 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , T...
-
Kejadian tanah runtuh di yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis,Batu 14 Hulu Langat, Selangor telah meragut nyawa sera...
-
Bancian yang dilakukan oleh 'The Star Online' menunjukkan lebih 99% daripada lebih sejuta rakyat Malaysia (responden) menyokong per...
-
Ini merupakan satu lagi berita yang menggemparkan dunia dimana seorang wanita Islam dari Turki telah berbogel untuk majalah lucah terkenal ...
-
Ingatkah lagi anda kepada Yong Vui Kong? Ya..Dia merupakan seorang rakyat Malaysia yang ditangkap di Singapura kerana kesalahan mengedar dad...
0 comments:
Post a Comment