Thursday, March 31, 2011

10 penyandang PBB tidak pertahan kerusi

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berkata 10 penyandang daripada parti itu tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata beberapa orang daripada mereka telah pun mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding kali ini, manakala sebahagian lagi masih belum berbuat demikian.

"Bagi muka baru (daripada PBB), biarlah CM (Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud) mengumumkan nama mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek perintis konsep baru rumah panjang untuk Rumah Panjang Chabu, Bakong, kira-kira 40 kilometer dari Miri hari ini.

Sehingga kini, enam penyandang daripada parti berkenaan iaitu Frederick Bayoi Manggi (Kedup), Lihan Jok (Telang Usan), Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut), Dr Wahbi Junaidi (Saribas), Wan Wahab Wan Sanusi (Sadong Jaya) dan terbaru, Simoi Peri (Lingga), telah mengumumkan hasrat mereka untuk tidak bertanding.

Mengenai pengumuman Simoi untuk melepaskan semua jawatan beliau dalam parti tetapi kekal sebagai anggota biasa, Abang Johari berkata: "Beliau masih anggota parti. Okaylah tu."

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts