Monday, May 9, 2011

Pembunuhan Osama Adalah Satu Konspirasi?

Tanggal 2 Mei 2011 dunia digemparkan dengan kematian Osama Ben Laden iaitu seorang yang sangat dikehendaki Amerika. Osama dikatakan berjaya dibunuh di rumahnya oleh tentera laut elit SEAL di Abbottabad, Pakistan. Sehingga ke hari ini kematian Osama masih lagi menjadi misteri.

Apa yang menjadi persoalan ialah, mengapa ketika Osama diserang kerajaan Pakistan tidak tahu langsung mengenai perkara tersebut..? Sedangkan Osama dibunuh di Pakistan..Ini menunjukkan kerjasama antara Pakistan dalam misi memburu Osama tidak ada!!

Selepas kematian Osama, mayatnya juga dikatakan dikebumikan dilaut dalam sebuah beg mayat. Hal ini juga menjadi misteri dimana mengapa Amerika tergesa-gesa mengebumikan mayat Osama dan ujian DNA yang dilakukan juga dalam tempoh yang amat singkat?

Video kematian Osama juga tidak dikeluarkan Amerika cuma yang ada hanyalah gambar-gambar yang dikatakan wajah Osama selepas dibunuh.

Gambar yang dikeluarkan menunjukkan ada persamaan dengan mayat seorang lelaki lain menggunakan teknik pertindihan "photoshop".

Kematian Osama adalah mitos semata-mata untuk menghalalkan pendudukan Amerika di bumi Afghanistan kata sebuah akhber Iran. Kematian Osama adalah satu penipuan.


Sementara itu Taliban di Afghanistan juga menyatakan dalam satu kenyataan bahawa perbincangan mengenai kematian Osama adalah tidak matang dan Amerika tidak memberikan bukti yang meyakinkan.

Click here for FBI File Osama



8 comments:

  1. Assalamu'alaikum,saya pun pelik:
    1. US tergesa-gesa matikan watak Osama dan tiada bukti sahih tentang kematiannya
    2. Tiada bukti juga Osama terlibat dengan keganasan,itu hanya propaganda US untuk menghalalkan serangan psikologi dan fizikal umat Islam
    3. Kenapa al-Qaeda sahkan Osama benar-benar meninggal dunia,tiada bukti juga,betulkah pergerakan al-Qaeda ini wujud atau hanya propaganda US sahaja supaya Islam dilihat sebagai "terorrist"?

    wallahualam...

    ReplyDelete
  2. konspirasi atau tak,, yang penting Obama yg terdesak tahun ini..

    Sila lawat: Kaoshi Troll

    ReplyDelete
  3. tunggu jelah kenyataan rasmi al-qaeda...

    ReplyDelete
  4. wahh siap nak tunggu jawapan al-qaedah

    huhu

    ReplyDelete
  5. salam, tak nak letak link blog kekawan ke? link cpj:http://cikgupj.blogspot.com/ tq.

    ReplyDelete
  6. dead one, grow a thousand...
    AS must be careful.

    ReplyDelete
  7. sll menjadi kontroversi...
    Allah sll menunjukan siapa yg benar ...

    ReplyDelete

Popular Posts