Monday, April 18, 2011

Keputusan Pilihanraya Sarawak Satu Tamparan Hebat Untuk BN


Keputusan pilihanraya Sarawak yang telah menyaksikan kemenangan 2/3 BN di negeri itu sebenarnya tidak menjamin masa depan politik yang cerah kepada Barisan Nasional di negeri itu. Jika dilihat kembali BN sememangnya boleh dikatakan kalah dalam pilihanraya tersebut kerana mereka kehilangan beberapa kerusi yang sebelum ini menjadi milik mereka.

Pada pilihanraya ke-10 kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan memperolehi 55 kerusi,manakala Pakatan Rakyat 15 dimana 12-DAP dan 3 dimenangi PKR,manakala bebas-1. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Najib. Secara keseluruhannya, masyarakat kaum cina dilihat lebih cenderung memilih parti yang mampu memperjuangkan nasib mereka iaitu DAP-Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan BN.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sudah mula inginkan perubahan kepimpinan dalam negeri tersebut. Mereka telah memberikan "signal" kepada Taib Mahmud untuk segera berundur sebelum pilihanraya yang akan datang.

Angin perubahan ini sememangnya telah dirasai selepas PRU-12 lagi dimana rakyat telah menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat jika hendak dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional.

Kepada Taib Mahmud, rakyat Sarawak sememangnya mahukan perubahan. Mereka mahukan kepimpinan yang baru. Sudah berapa lama Sarawak diperintah dibawah Taib Mahmud? Cukuplah setakat ini. Berhenti sebelum rakyat melakukan "swing" yang lebih besar daripada PRN ini.

4 comments:

  1. saya org srwk...tp saya xrela kalu org cina nak memerintah sarawak...HIDUP BARISAN NASIONAL

    ReplyDelete
  2. Hi there..yes, Sarawak need change, indeed! Its not that im anti or pro BN , but,Sarawak really need change.Tak kisah lah bangsa apa,yang penting memerintah dengan adil dan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan sendiri..Peace:-)

    ReplyDelete
  3. lama benar taib mahmud mmrintah ye..
    bila la orang muda nk teraju lak..

    ReplyDelete

Popular Posts