Sunday, April 17, 2011

Lintas langsung PRN Sarawak: Pakatan dahului pengiraan awal


LAPORAN LANGSUNG PILIHANRAYA SARAWAK

1.20pm Stesen radio berbahasa Cina milik kerajaan - Ai FM - melaporkan kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi.

1.15pm Pengiraan undi di kerusi yang ditutup awal, menunjukkan PKR mendahului di Layar, Meluan, kakus, Tamim, Jepak, tasik biru, dan Ba'Kelalan. BN mendahului di Saribas.

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.

12.54am: PKR kata mereka juga mendahului dalam awal pengiraan undi di Layar and Meluan.

Bagaimanapun, di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi dari enam pusat pengundi yang telah dikira. Ia merupakan kira-kira 10 peratus jumlah undian.

Saribas dianggap sebagai salah satu kerusi yang PKR berpeluang tertinggi untuk menang. Majoriti BN dalam pilihan raya negeri lepas hanya 94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kawasan majoriti Iban itu, nampaknya undi beralih kepada Pakatan. Tetapi ia adalah keputusan awal tidak rasmi.

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.
Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.
Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.
Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.
Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.
Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.
Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi
berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.
Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.
Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30
petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.
Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts