Thursday, April 21, 2011

Apabila Naib presiden MCA Sendiri Mendesak Taib Berundur

Pagi tadi terbaca pula satu artikel yang boleh dikategorikan sebagai "panas" iaitu tentang naib presiden MCA, Gan Ping Siew yang mendesak pengunduran Taib dari arena politik Sarawak dengan mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya seperti yang telah dijanjikannya sebelum PRN Sarawak lepas.

Taib sebelum ini telah berjanji untuk meletak jawatan sebagai ketua menteri Sarawak dalam jangka masa 2 tahun selepas PRN baru-baru ini.


Gan yang juga timbalan manteri belia dan sukan menyatakan bahawa Taib perlu meletak jawatan secepat mungkin diatas kemerosotan undi kaum cina terhadap BN di Sarawak tempoh hari katanya dalam satu sidang akhbar.

Apabila naib presiden MCA sendiri telah menyatakan pendiriannya, ini menunjukkan bawaha dia mewakili suara kaum cina yang menolak kepimpinan Taib.

Jika dilihat kembali Taib sememangnya sudah boleh dikategorikan "terlalu lama" sebagai ketua menteri Sarawak. Walaupun sudah lama memimpin Sarawak iaitu lebih daripada 30 tahun, Taib gagal dalam memberikan pembangunan sosio ekonomi untuk rakyat Sarawak. Sarawak dikategorikan antara negeri yang miskin walaupun mempunyai sumber yang banyak. (berbanding dengan Taib)

Penolakan undi kaum cina Sarawak terhadap BN jelas ditunjukkan ketika PRN yang lalu dimana hampir kesemua tempat yang majoritinya kaum cina menolak calon-calon dari komponen BN.

Taib seharusnya faham kehendak rakyat Sarawak yang sudah sudah tidak yakin lagi dengan pentadbirannya. Bukan setakat kaum cina, malah hampir kesemua kaum di Sarawak menolaknya. Sepatunya tidak perlu tunggu 2 tahun, sekarang pun sudah boleh letak jawatan. Buat apa lagi perlu untuk mempertahankan jawatan setelah tahu status diri sendiri bisik penulis. Faham-faham sahaja.

1 comment:

Popular Posts