Saturday, May 14, 2011

Vcd lucah disebarkan di masjid!


Apa nak jadi dengan situasi politik yang semakin kotor di Malaysia ini? Baru saja berberapa hari lepas saya menulis entry tentang buku lucah yang mengaibkan Anwar diedarkan kepada umum pada malam ulangtahun Umno di Kuala Lumpur tetapi hari ini yang lebih mengaibkan ialah vcd lucah sebarkan di sekitar masjid pula!

Semakin hari semakin jijik politik lucah yang diamal kan oleh Umno! Tidak cukup dengan melancarkan fitnah dengan menggunakan media yang dikuasai, vcd lucah pula disebarkan hanyalah untuk menjatuhkan seorang yang dianggap boleh mengancam kedudukan mereka!. Apa yang lebih hina lagi apabila masjid dijadikan tempat untuk mengedarkan vcd tersebut.

Adakah mereka menganggap rakyat boleh menerima politik lucah yang sedemikian rupa? Sangatlah jijik bila memperkatakan perkara ini.

Vcd lucah fitnah Datuk T yang disebarkan ini dikatakan diedar di kawasan-kawasan perumahan dan masjid hanyalah bermotifkan untuk mengaibkan DSAI. Budaya fitnah ini berkemungkinan tidak terhenti disini sahaja. Mereka akan terus melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk terus melenyapkan karier DSAI dalam politik Malaysia.

Video ini dijumpai sendiri oleh Nazir masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada hari Ahad lalu.



5 comments:

  1. salam,semakin hari semakin jijik budaya politik seperti ini, ini membuatkan orang muda seperti kami semakin jelek dan berang dengan situasi seperti ini.tidak sangka pula sanggup guna tektik kotor sebegini nak meraih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  2. tu masalah gangguan mental... blajo agama sekerat-sekerat

    ReplyDelete
  3. bila dah mental problem bukan rumah,surau dan masjid yang dijadi tempat menyebar, entah esok lusa dekat kubur pun turut tersebar...

    ReplyDelete
  4. Orang yang sebarkan video lucah dalam masjid ialah kerja orang yang tidak beradab,biadab dan satu penghinaan kepada rumah Allah sekaligus menghina Islam,
    tak ada kata-kata yang layak untuk mereka ini kecuali firman Allah ini

    Mereka itu buta,tuli,Gila(tak ada fikiran)

    ReplyDelete

Popular Posts