Tuesday, April 26, 2011

1 Melayu, 1 Bumi: MCA vs BN


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan satu isu dimana beberapa pemimpin MCA telah mengistiharkan untuk memboikot Utusan Malaysia kerana mancadangkan gerakan "1 melayu, 1 bumi". Hal ini diutarakan kerana MCA merasakan gerakan yang dicadangkan itu hanyalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok. Beliau menyatakan bahawa konsep yang diperkenalkan itu hanyalah bertujuan menghukum masyarakat cina kerana melaksanakan hak demokrasi semasa pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Jika dilihat kembali MCA dikatakan parti yang memperjuangkan nasib kaum cina tetapi penolakan itu jelas kerana masyarakat kaum cina tidak dapat menerima konsep yang dibawa oleh BN secara keseluruhannya walupun MCA mewakili mereka. Hal ini boleh dibuktikan dimana BN melaksanakan konsep yang dianggap "pelik" oleh MCA kerana BN mewakili pelbagai kaum dan tidak wajar untuk melaksanakan konsep 1melayu, 1bumi.

Loh juga mengingatkan Utusan Malaysia bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum dan konsep ini sememangnya tidak wajar dilaksanakan.

Sementara itu, dalam laporan semalam pula Muhyiddin meminta semua pihak bersikap rasional tentang perkara ini dan dia juga tidak faham kenapa MCA mencadangkan untuk memboikot akhbar milik UMNO tersebut (Utusan Malaysia). Dia juga yakin bahawa gesaan untuk memboikot Utusan Malaysia tidak akan berjaya sama sekali.

Selama ini Muhyiddin sendiri menyatakan bahawa PR tidak sehaluan diantara satu sama lain dalam menentukan sesuatu perkara tetapi dalam hal ini BN sebenarnya yang tidak sehaluan antara satu sama lain. Bila difikirkan sejenak siapa yang tidak sehaluan sebenarnya? Dimanakah letaknya konsep 1Malaysia yang digunapakai BN selama ini..? dan siapakah yang melaungkan isu perkauman selama ini..?

Read more...

Sunday, April 24, 2011

Pemimpin Umno hanya berkokok di tepi jalan

Sikap para pemimpin Umno BN, tidak keterlaluan jika diumpamakan seperti ayam jantan yang berkokok di tepi-tepi jalan setiap hari, semata-mata hanya untuk mempamerkan kehebatan mereka kepada pihak lain.

Namun dalam masa yang sama tanpa disedari, sikap seperti itu bukanlah boleh mendatangkan perasaan hormat orang lain kepada mereka, sebaliknya hanya akan lebih membuktikan lagi sikap buruk mereka kepada orang ramai.

Adun Bukit Payong, Marang, Mohd Nor Hamzah berkata, perlakuan ayam jantan dan sikap para pemimpin Umno BN itu antara lain boleh dirujuk daripada tindakan mereka yang selalu menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai konon merekalah pihak yang berjasa kepada pelbagai pihak, setelah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di dalam negara.

Menurut beliau, antara yang dihebohkan oleh mereka termasuklah tindakan dan kejayaan mereka melaksanakan rangkaian jalan raya yang cantik di seluruh negara.

Katanya, dengan itu itu, mereka mendabik dada bersuara lantang setiap hari mengatakan merekalah sahaja pihak yang hebat yang berkemampuan melakukan semua itu, manakala pembangkang dikatakan hanya sekadar pandai bercakap tetapi tidak tahu melaksanakannya.

"Pada hal semua orang tahu, pembinaan jalan raya itu merupakan satu tanggungjawab asas bagi pihak pemerintah. Disebabkan mereka yang memerintah, merekalah yang bertanggungjawab membina jalan raya. Lainlah kalau parti pembangkang yang memerintah.

"Dengan menunjuk-nunjukkan diri kepada masyarakat dengan semua itu, apalah ertinya? Tidakkah mereka boleh diumpamakan seperti ayam jantan yang kerjanya hanyalah tahu berkokok di tepi-tepi jalan, tetapi tidak pula tahu berfikir lebih jauh tentang perbuatan mereka itu sendiri," katanya ketika ditemui, di sini.

Sungguhpun begitu, menurut beliau, rakyat kini sudah semakin bijak menilai semua itu dan mereka juga sudah semakin faham dengan segala tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN, berbanding PAS dan Pakatan Rakyat.

"Rakyat yang cerdik, terutama yang tinggal di bandar-bandar yang sentiasa terdedah dengan pelbagai maklumat pasti faham, apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno BN sebenarnya tidaklah seberapa, tetapi sikap menunjuk-nunjukkan diri mereka sahaja yang lebih," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu.

Malah, sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini, rangkaian jalan raya yang dibina pasti jauh lebih hebat dari yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN kerana semua tindakan yang dilakukan bertolak dari kesedaran para pemimpinnya sendiri dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Begitulah juga dengan perlaksanaan projek-projek lain yang bukan sekadar tidak kurang hebatnya seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN, tetapi lebih menjimatkan wang negara kerana segalanya dilakukan tanpa penyelewengan dan rasuah.

Keadaan itu, katanya, berbeza dengan sikap para pemimpim Umno BN dalam melakukan sesuatu kerana ia lebih banyak kelihatan mempunyai kepentingan politik dari tuntutan lain termasuk tuntutan agama.

"Untuk membolehkan mereka terus kekal berkuasa, mereka juga sanggup melakukan apa sahaja dalam pelbagai aspek walaupun membelakangi hukum Allah," katanya kesal.

Aziz Muda

Read more...

Popular Posts