Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pemimpin BN yang mendakwa kejayaan DAP merangkul 12 kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu adalah atas dasar perkauman.
Katanya, pemikiran politik perkauman BN perlu dihentikan segera, kerana hakikatnya keputusan pilihan raya Sarawak, membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.
“Jika ada perubahan dari pilihan raya Sarawak, ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.
“BN sebenarnya meniupkan sentimen bangsa dengan menuduh DAP bermain politik perkauman. Keputusan pilihan raya membuktikan keinginan dan gerakan untuk perubahan tidak terbatas pada satu komuniti sahaja tetapi tersebar di pelbagai masyarakat Sarawak,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau juga tidak menolak sokongan semua kaum di Sarawak adalah penyumbang kepada sokongan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat semakin tinggi, berdasarkan beberapa analisis.
“Kejayan Pakatan Rakyat dan DAP secara khusus, tidak mungkin terjadi tanpa peningkatan sokongan semua komuniti di Sarawak. Hal ini terutama jelas dalam kerusi luar bandar seperti Kidurong, Piasau, Batu Kawah dan Meradong yang semuanya dimenangi DAP.
Lim juga mengakui bukan semua kawasan majoriti Cina memberi sokongan terhadap DAP kerana DUN Bawang Assan dimenangi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen BN.
“Penting untuk dicatat bahawa sokongan tidak seragam di beberapa bahagian seluruh negara. Ada BN berjaya mencapai perubahan yang menguntungkan mereka. Hal ini berlaku untuk kerusi majoriti Cina juga, seperti Bawang Assan.
“Calon kami hilang sokongan berbanding dengan 2006. Hal ini juga tanggapan yang besar bagi Sarawak, dan jurang antara Cina dan bukan Cina yang ketara antara luar bandar dan bandar,” ujarnya.
Justeru, Lim mahu BN supaya tidak lagi mengaitkan sokongan terhadap DAP bersifat perkauman kerana rakyat lebih rasional memikirkan masalah yang dihadapi mereka.
“Mereka yang tidak bertanggung jawab cuba untuk memainkan isu perkauman. Yang jelas adalah penolakan pengundi tidak ada kaitan dengan perkauman tapi lebih kepada masalah yang menimpa mereka,” katanya
mungkin atas dasar kaum cina memang lebih pandai dari segi akal dan jugak menilai..kok nak ambik duit pon kene laa beringat,tu mase pilihan raye je..lepas tu susah balik naik minyak sane sini..susah nak cakap ngn orang melayu
ReplyDelete