Penyebaran rakaman video lucah yang menfitnah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat memalukan dan menjatuhkan maruah umat Islam dan orang Melayu.
Hari ini tiga orang telah mengaku menyimpan, menonton dan mempertontonkan video lucah ini yang menunjukkan betapa rendah moral pemimpin yang mengakui mereka mewakili orang Islam Melayu di Malaysia.
Perbuatan ini bukan saja menyalahi etika dan bercanggah dengan ajaran mana-mana agama yang menekankan keadilan, keamanan dan kebaikan.
Jelas perbuatan ini adalah untuk meraih sokongan orang Melayu dengan cara yang amat memalukan dan menjijikkan. Tetapi saya amat yakin, orang Melayu Islam adalah lebih bijak dan tidak mudah disogok dengan fitnah seperti ini.
Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap laporan polis yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim termasuk mengambil tindakan terhadap tiga individu yang telah mengaku memiliki, menonton dan mempertontonkan rakaman video lucah itu.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
Friday, March 25, 2011
Video seks ciptaan pemimpin UMNO,jatuhkan martabat melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , T...
-
Kejadian tanah runtuh di yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis,Batu 14 Hulu Langat, Selangor telah meragut nyawa sera...
-
Bancian yang dilakukan oleh 'The Star Online' menunjukkan lebih 99% daripada lebih sejuta rakyat Malaysia (responden) menyokong per...
-
Ini merupakan satu lagi berita yang menggemparkan dunia dimana seorang wanita Islam dari Turki telah berbogel untuk majalah lucah terkenal &...
-
Ingatkah lagi anda kepada Yong Vui Kong? Ya..Dia merupakan seorang rakyat Malaysia yang ditangkap di Singapura kerana kesalahan mengedar dad...
0 comments:
Post a Comment