Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi, sementara PAS diberi lima kerusi pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.
Timbalannya, Azmin Ali juga mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala rundingan masih berlangsung berhubung tuntutan bertindih di 23 kerusi dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).
Daripada jumlah berkenaan, katanya, tiada pertikaian bagi empat kerusi yang dituntut oleh Snap itu.
Adalah dipercayai rundingan juga berlangsung antara DAP dan PKR berhubung kemungkinan pertukaran kerusi.
0 comments:
Post a Comment