Tuesday, June 21, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 Harus Diteruskan


Bancian yang dilakukan oleh 'The Star Online' menunjukkan lebih 99% daripada lebih sejuta rakyat Malaysia (responden) menyokong perhimpunan Bersih diteruskan.

Sebelum ini pelbagai ugutan telah dilontarkan oleh pelbagai pihak yang menolak perhimpunan Bersih daripada diteruskan.

Berikut adalah keputusan undian yang telah dijalankan oleh 'The Star Online' walaupun ianya terpaksa dihentikan selepas beberapa jam dikeluarkan:


Bancian menunjukkan bahawa seramai 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' manakala hanya 14,222 responden memilih 'Ia harus dibatalkan'. Ini menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk meneruskan perhimpunan Bersih!.

Kesimpulannya mudah..Rakyat Malaysia sememangnya mahukan satu pilihanraya yang adil dan telus!!

Read more...

Saturday, May 21, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat


Kejadian tanah runtuh di yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis,Batu 14 Hulu Langat, Selangor telah meragut nyawa seramai 5 orang anak yatim, dan seramai 12 orang lagi belum ditemui setakat jam 9 malam tadi. Jumlah yang dikuatiri terbunuh dijangkakan akan bertambah dan kerja2 mencari masih lagi dilakukan.

Rumah anak yatim itu terletak di tebing bukit menempatkan seramai 49 orang penghuni dan pekerja.

Ketika kejadian dipercayai bahawa kesemua penghuni rumah sedang berada didewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual berlangsung pada jam 5 petang.

Runtuhan tanah tersebut telah menimbus dewan serbaguna yang menempatkan majlis yang bakal berlangsung pada jam 5 petang tersebut. Akibat daripada runtuhan tersebut kesemua penghuni yang berada di dalam dewan tertimbus sama sekali dan tidak sempat menyelamatkan diri masing-masing. Dewan tersebut musnah sama sekali dalam kejadian tersebut.

Gambar-gambar kejadian tanah runtuh

Kerja-kerja menyelamat masih lagi diteruskan.

Read more...

Thursday, May 19, 2011

Video seks fokus utama chat Anwar di Yahoo!

Isu video seks menjadi fokus utama segmen interaktif Yahoo! Malaysia 'Question Time' yang menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyaksikan beliau menangkis semua soalan yang cuba mengaitkannya dengan orang dalam video berkenaan.


Ditanya oleh seorang pembaca yang mencadangkan beliau menpamerkan jam Omega miliknya bagi “memadamkan isu moralnya”, Anwar berkata tidak ada sebab bagi beliau berbuat demikian.

"Apa isunya? Pertama, (Shazryl) Eskay (Abdullah) mendakwa ia diberikan oleh seorang putera raja saudi. Kemudian, mengatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004 (apabila saya di penjara). Kenapa perlu saya jelaskan?”

Eskay, yang mendedahkan video seks berkenaan mendakwa jam tangan itu ditinggalkan oleh Anwar di sebuah bilik hotel di mana video tersebut dirakamkan dan berkata jam itu telah diserahkan kepada polis.

Anwar juga berkata sumpah laknat bagi membersihkan namanya seperti cadangan beberapa pihak sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Menjawab soalan mengenai dakwaan bahawa polis serta pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah mengesahkan individu dalam pita video seks itu mirip mukanya, Anwar mempertahankan bahawa maklumat tersebut direkayasa oleh media pro-Umno.

“Contoh tipikal bagaimana orang cerdik seperti awak juga boleh terpedaya dengan media Umno. Pakar mana? Kenapa mereka tidak telus?” balasnya.

Ditanya siapa yang beliau fikir adalah lelaki dalam video sekjs itu, Anwar tersenyum sambil berkata: “saya ada beberapa suspek, perut buncit dan tetek labuh. Ha ha”.
Dalam wawancara maya itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke pangkuan Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan PERKASA untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja mereka itu.

"(PERKASA) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat Umno untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya Umno dan PERKASA terdesak mengguna isu perkauman," kata Anwar.

Namun kebanyakan jawapan yang diberikan oleh Anwar adalah pendek dan tidak menjawap soalan yang dikemukakan oleh pembaca.

-Malaysiakini-

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Minyak Naik Lagi: Pemuda Umno Melatah


Harga minyak Ron 95 dijangka akan naik dalam masa terdekat ini. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Kenaikan ini dikatakan berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia yang semakin melambung dan langkah tersebut terpaksa diambil untuk memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak global.

Hal ini menyebabkan pemuda Umno mendesak kerajaan agar tidak menaikkan harga minyak Ron 95 (kualiti minyak mesin rumput) demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua sesuai dengan cogankata 1Malaysia, yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan kebajikan dan ehwal rakyat.

Mungkin pemuda Umno sendiri merasa kenaikan ini membebankan mereka sendiri justeru kelantangan pak menteri yang menaikkan harga minyak terpaksa disilang. Pemuda Umno juga merayu kerajaan agar tindakan ke arah penjimatan bestari perlu dilakukan untuk demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua.

Jarang sekali mendengar Pemuda Umno melatah tentang kenaikan harga minyak. Kebiasaannya seperti diketahui umum mereka akan mengiyakan apa saja yang dikatakan oleh kepimpinan sendiri! Mungkin kerana tidak tahan dengan penindasan, terpaksalah memboikot juga.

Berapa kali lagi minyak mahu dinaikkan dalam setahun? Jawapannya ada pada Ismail Sabri..


p/s: rakyat disuruh bersedia, tapi bagaimana dengan Ismail Sabri? Sudah bersediakah dia? oh ya, minyak free tak perlulah nak sedia ye..hehe..

Read more...

Sunday, May 15, 2011

Ibrahim Ali Perkasa: Sanggup Mati Berjihad


Presiden Perkasa, Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang beliau sanggup berjihad jika kedudukan Islam sebagai agama rasmi dicabar. Kenyataan itu disambut hampir 150 orang hadirin dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Gombak malam tadi.

Kenyataan Ibrahim Ali ini adalah satu tindak balas kontroversi ekoran dakwaan laporan terbaru Utusan Malaysia yang bertajuk "Kristian Agama Rasmi" bertarikh 7 Mei lalu yang mendakwa bahawa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP merancang untuk melantik Perdana Menteri dikalangan orang kristian dan memansuhkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Sebagaimana yang diketahui, Ibrahim Ali merupakan seorang yang cepat melenting dalam hal yang sebegini dan dia akan melompat sekiranya dicuit! Sebelum ini pemimpin-pemimpin DAP dan kristian menafikan perkara yang dinyatakan oleh akhbar milik UMNO itu, tetapi isu ini dihangatkan lagi oleh Ibrahim Ali yang kononnya seorang pejuang tulen yang membela nasib orang-orang melayu!!

Dia menyatakan dalam majlis tersebut bahawa sebagai seorang ketua Perkasa, dia sanggup untuk menjadi orang pertama yang mati bergelimpangan darah dalam memperjuangkan perkara ini. Maklumlah mahu mencari publisiti murahan..hahaha..

Akhbar milik UMNO sememangnya menjadi medium utama dalam menyampaikan propaganda bersiri seperti ini dan tentulah Ibrahim Ali akan diangkat menjadi heronya dalam merealisasikan isu tersebut. Jalan cerita ini sememangnya sudah diketahui ramai sejak pertama kali Ibrahim Ali munculkan diri sebagai hero dalam setiap cerita yang dikeluarkan.

Kebiasaannya Utusan akan mengeluarkan cerita-cerita panas dan Ibrahim Ali akan melompat untuk memberikan jalan cerita sebenar kerana Ibrahim Ali@Perkasa adalah UMNO dan UMNO adalah Perkasa. Semuanya untuk memperbodohkan rakyat sahaja..Itu saja motifnya..Dan isu ini tidak akan terjadi kerana ia dicipta hanyalah untuk mendapatkan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap PR.


Read more...

Popular Posts