Thursday, May 19, 2011

Video seks fokus utama chat Anwar di Yahoo!

Isu video seks menjadi fokus utama segmen interaktif Yahoo! Malaysia 'Question Time' yang menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyaksikan beliau menangkis semua soalan yang cuba mengaitkannya dengan orang dalam video berkenaan.


Ditanya oleh seorang pembaca yang mencadangkan beliau menpamerkan jam Omega miliknya bagi “memadamkan isu moralnya”, Anwar berkata tidak ada sebab bagi beliau berbuat demikian.

"Apa isunya? Pertama, (Shazryl) Eskay (Abdullah) mendakwa ia diberikan oleh seorang putera raja saudi. Kemudian, mengatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004 (apabila saya di penjara). Kenapa perlu saya jelaskan?”

Eskay, yang mendedahkan video seks berkenaan mendakwa jam tangan itu ditinggalkan oleh Anwar di sebuah bilik hotel di mana video tersebut dirakamkan dan berkata jam itu telah diserahkan kepada polis.

Anwar juga berkata sumpah laknat bagi membersihkan namanya seperti cadangan beberapa pihak sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Menjawab soalan mengenai dakwaan bahawa polis serta pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah mengesahkan individu dalam pita video seks itu mirip mukanya, Anwar mempertahankan bahawa maklumat tersebut direkayasa oleh media pro-Umno.

“Contoh tipikal bagaimana orang cerdik seperti awak juga boleh terpedaya dengan media Umno. Pakar mana? Kenapa mereka tidak telus?” balasnya.

Ditanya siapa yang beliau fikir adalah lelaki dalam video sekjs itu, Anwar tersenyum sambil berkata: “saya ada beberapa suspek, perut buncit dan tetek labuh. Ha ha”.
Dalam wawancara maya itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke pangkuan Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan PERKASA untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja mereka itu.

"(PERKASA) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat Umno untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya Umno dan PERKASA terdesak mengguna isu perkauman," kata Anwar.

Namun kebanyakan jawapan yang diberikan oleh Anwar adalah pendek dan tidak menjawap soalan yang dikemukakan oleh pembaca.

-Malaysiakini-

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts